‘Mitten’
atau sarung tangan bayi adalah antara keperluan wajib yang dibeli oleh ibubapa
yang bakal menimang cahaya mata. Bila tak pakaikan sarung tangan ni ibarat
tidak sempurna penampilan bayi tersebut. Tapi, pernah tak anda dengar bahawa
pemakaian sarung tangan bayi ini sebenarnya tidak disarankan dan akan
membantutkan pembesaran anak? Untuk penjelasan yang lebih lanjut, jom kita baca
perkongsian dari si ibu ini.
“SAMPAI BILA AWAK NAK PAKAIKAN MITTENS PADA TANGAN ANAK AWAK?”
Hari ini saya
terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor
pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.
Ketika
Danny berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum
berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur
ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum
ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali
mittens itu. Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada
masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak
saya.
“Awak
nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan
mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan
anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.
Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami
apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara
itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya. Jika
kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan
tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita
tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala
yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan
merangsang otak bayi. Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus
menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di
sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.
KENAPA KITA PAKAIKAN MITTENS
PADA BAYI KITA?
Antara sebabnya, kita
tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang
Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak
dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan
daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap
kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada
masalah daki di celah jari.
Memang
pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi
sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia
akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok
mukanya dengan belakang tapak tangan.
Si ibu kena pastikan
kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai
mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia
sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan
breastfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding.
Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.
Sama
juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling
Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing
use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh
segala-gala yang ada di sekeliling?
“Stop
using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.”
Sumber
:
Sirap Limau
No comments:
Post a Comment