Aktiviti Menanam Kangkung Bersama Anak-Anak - Bonda

Friday, 10 November 2017

Aktiviti Menanam Kangkung Bersama Anak-Anak



Ibu bapa mula sedar akan kepentingan main bersama anak-anak. Antara aktiviti yang biasa ibu bapa lakukan bersama anak-anak di rumah adalah seperti memberi anak-anak gadjet, menonton televisyen di rumah, menonton wayang, membeli belah bersama anak-anak, membawa anak-anak berkelah serta lain-lain.

Di sini, bonda ingin satu aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa bersama anak-anak di rumah.

Menanam Kangkung Dalam Tapis

Di sini, bonda ingin kongsi dengan ibu baoa untuk mengisi masa bersama anak-anak khasnya kepada ibu bapa yang sibuk dan tidak ada masa yang panjang dengan anak-anak. Bagi ibu bapa yang minat berkebun dan menanam sayur sendiri, cara ini adalah sangat sesuai kerana menggunakan peralatan dan ruang yang terhad.  

1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawa


2. Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.


3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.


4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)


5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh diletakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok).



6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.


7. Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kangkung sudah boleh di tuai dimasak belacan










No comments:

Post a Comment