Risau playdoh yang ada dipasaran yang agak tak mesra alam. Ketahui cara membuat playdoh yang senang lagi mudah. Dalam 5 minit dah boleh siap!
BAHAN-BAHAN
Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat homemade playdoh ini. Sukatan di bawah adalah untuk 1 bahagian playdoh dengan 1 warna.
¼ cawan garam
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil pewarna makanan
GAULKAN BAHAN
Masukkan gandum, garam dan minyak ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati. Adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan periuk ‘non-stick’ supaya bahan-bahan ini tidak melekat dan memudahkan kita untuk memasak doh yang seterusnya kelak.
MASUKKAN PEWARNA MAKANAN KEDALAM AIR SUAM
Tepung setelah pewarna dan air dituang ke dalam bekas |
LETAK DI ATAS API YANG PERLAHAN
KACAU SEHINGGA TEPUNG MENGERAS
TUTUP API DAN BIARKAN DOH SEJUK/SUAM |
ULI DOH SAMPAI TEKSTUR DOH KELIHATAN LICIN
HASIL PLAYDOUGH
Simpan playdough dalam peti ais untuk tahan lama.
Biarkan anak menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan bermain pelbagai
jenis permainan termasuklah bermain homemade playdoh ini. Percaya atau tidak,
anak-anak sebenarnya sedang belajar daripada aktiviti bermain tersebut.
Sekali-sekala, luangkan masa kita sebagai ibu bapa untuk bermain homemade playdoh ini bersama anak-anak. Ianya bukan sahaja membuatkan mereka berasa lebih gembira dapat bermain bersama-sama kita, malah sedikit sebanyak ia juga dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi dengan bergelak ketawa sambil bermain bersama mereka.
Cara membuat playdoh ini taklah sesukar mana, bukan? Selamat mencuba!

IKHLAS, BONDA
No comments:
Post a Comment