GOOGLE bertindak membuang sejumlah aplikasi
permainan yang disertakan dengan iklan lucah. - Gambar hiasan
|
CALIFORNIA – Syarikat Alphabet
Inc’s Google berkata, pihaknya telah membuang 60 aplikasi permainan yang
didakwa mengandungi iklan lucah di Play Store.
Tindakan
itu dilakukan selepas sebuah firma keselamatan, Check Point berkata, beberapa
aplikasi permainan yang dimuat turun mengandungi cecacing yang akan
mengeluarkan iklan lucah, selain menawarkan pembelian premium.
“Kita telah mengeluarkan aplikasi itu daripada Play Store, menyekat akaun
pemajunya dan akan terus memberi amaran kepada sesiapa yang memuat turun
aplikasi tersebut,” kata seorang jurucakap Google.
Perisian
yang disertakan dengan cecacing yang digelar sebagai AdultSwine itu
disembunyikan dalam aplikasi permainan.
Data Google
Play menunjukkan, aplikasi berkenaan telah dimuat turun antara tiga hingga
tujuh juta kali, kata Check Point dalam entri blog kelmarin.
Aplikasi
itu bukan sebahagian daripada koleksi keluarga bagi membantu ibu bapa mencari
kandungan sesuai dengan usia di Play Store.
Syarikat
itu menjelaskan bahawa iklan yang tidak sesuai dalam aplikasi tersebut bukan
iklan Google.
Perisian
cecacing itu juga menipu pengguna supaya memuat turun aplikasi keselamatan
palsu sekali gus boleh membuka ruang kepada serangan lain seperti kecurian
maklumat pengguna, kata Check Point.
Tambahnya,
permainan dan aplikasi untuk kanak-kanak menjadi sasaran baharu kepada jenayah
siber yang menyasarkan hospital, perniagaan dan kerajaan pada masa lalu.
“Unsur
paling mengejutkan perisian ini adalah keupayaan untuk menghasilkan iklan lucah
yang muncul tanpa memberi amaran pada skrin aplikasi sah untuk dipaparkan,”
katanya.
Permainan
itu termasuk Paw Puppy Run Subway Surf, Shin Hero Boy Adventure Game, Drawing
Lessons Lego Ninjago dan Addon Sponge Bob for MCPE.
Check
Point berkata, pihaknya menjangkakan AdultSwine dan perisian cecacing serupa
akan diulang dan ditiru oleh penggodam.
Berikutan
itu, pihaknya memberi amaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika
memuat turun aplikasi terutama melibatkan permainan kanak-kanak. – Reuters
No comments:
Post a Comment