Resepi Kuih Puteri Mandi - Bonda

Monday 23 April 2018

Resepi Kuih Puteri Mandi


Kuih Puteri Mandi adalah kuih tradisi bagi kami sekeluarga. Kuih ini wajib ada dalam bulan puasa. Kebanyakan anggota rumah Bonda merupakan penggemar kuih ini. 

Bila datangnya bulan puasa, pelbagai kuih muih muncul dan boleh dikatakan kebanyak kuih ini menjadi pilihan di bulan yang penuh berkat ini. Antaranya ialah kuih onde-onder, jala mas dan pelbagai lagi mengikut citarasa setiap orang. 

Bahan-bahan untuk kuih puteri mandi

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan membukit tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau 
  • Air pandan secukupnya (5 helai kisaran daun pandan)
Pewarna ini juga ini boleh digantikan dengan warna lain atau boleh kekalkan dengan warna putih. Resepi mak bonda pula, akan masukkan sedikit kapur makan ke dalam doh supaya kuih tersebut mejadi keras. Walau bagaimana pun, bonda gantikan dengan tepung gandum jika kapur makan tersebut tiada. 

Bahan-bahan untuk inti kelapa puteri mandi pula : 

  • 1/2 biji kelapa putih/sederhana muda iaitu tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. 
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 1/2 cawan air (boleh tambah jika nampak kekeringan. bergantung kepada keadaan semasa)
  • 2 sudu makan gula 
  • 2 helai daun pandan yang disimpul 

Cara penyedian inti puteri mandi: 

  1. Masukkan air bersama gula merah dan daun pandan di dalam kuali. Tunggu sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa parut. Masak menggunakan api kecil dan sedikit kering dan sebati. 
  2. Rasa dan tambah gula putih jika perlu. Tutup api dan ketepikan. Pastikan kelapa sudah masak. 

Cara penyedian kuih puteri mandi : 

  1. Sebelum mengguli adunan, bolehlah masukkan air  dalam periuk dan dididihkan untuk merebus doh yang telah di uli nanti. 
  2. Masukkan bahan-bahan dan pastikan air daun pandan tadi dimasukkan sedikit demi sedikit supaya doh tidak lembik. Pastikan doh tidak melekat ditangan . 
  3. Bulat-bulatkan doh dengan cara gentel dan lekukkan pada bahagian tengah. 
  4. Bila air dah mendidih, masukkan adunan kuih yang dah siap ke adalam air rebusan. Cara untuk ketahui doh sudah masak adalah dengan melihat doh tadi terapung di permukaan air. Angkat dan toskan.
  5. Gaul sebati doh yang siap ditoskan dengan inti kelapa. Boleh juga gaul di atas dapur mengggunakan api yang perlahan. 
Ada pertanyaan? Sila komen dibawah ye. InshaAllah bonda akan jawab. 



No comments:

Post a Comment