Resepi Kek Milo Kukus Guna Sukatan Cawan - Bonda

Monday 23 April 2018

Resepi Kek Milo Kukus Guna Sukatan Cawan


Baru-baru ini viral kek milo viral 3 minit yang dibakar dalam microwave. Walau bagaimana pun, bagi bonda, kek milo kukus jenis lagi lebih sedap.

Bahan A


  • 1 caawan milo
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak jagung 
  • 1 cawan air panas
Kacau Milo dalam air panas sehingga milo sebati. Barulah masuk semua Bahan A ke dalam periuk dan panaskan di atas api sambil kacau adunan tersebut. Tak perlu mendidih tapi sekadar sebati sahaja. 

Bahan B

  • 3 biji telur gred A atau boleh guna 4 biji telur gred B
Pukul telur sehingga berbuih atau boleh guna juga blender untuk proses yang lebih cepat. 

Bahan C 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
Ayak semua bahan. Kalau nak guna tepung naik sendiri atau self raising flour juga boleh. tetapi tidak perlu guna baking powder dan soda bikarbonat. 



Cara-cara Penyedian: 

  1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A 
  2. Masukkan ke dalam loyang 8 inci yang telah digris dan dialas dengan kertas. 
  3. Kukus selama 45 atau 60 minit menggunakan api sederhana kecil. Sejukkan kek milo sebelum dipotong. 

SELAMAT MENCUBA :) 

BONDAKIDS





No comments:

Post a Comment