Ramai yang tidak tahu bahawa salah satu cara yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb ketika hamil ialah dengan bersenam.
Kekerapan bersenam sepanjang tempoh kehamilan boleh membantu anda lebih sihat, dan cergas. Dalam masa yang sama, ia juga boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil akibat sakit belakang, lenguh badan dan keletihan.
Biarpun begitu, dalam masa yang sama anda tetap perlu mengamalkan pengambilan makanan dan suplemen yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb.
Berjalan
Berjalan merupakan senaman paling mudah untuk anda lakukan setiap hari, tidak kira masa dan tempat. Anda boleh lakukannya di rumah ataupun tempat kerja.
Setiap pergerakan ketika berjalan boleh membantu merangsang penghasilan sel darah merah termasuk Hb.
Jika risau diri lekas letih disebabkan terlalu banyak berjalan, anda boleh parkir kereta di tempat kerja jauh sedikit daripada kebiasaan. Jadi, bolehlah anda melakukan aktiviti berjalan tanpa rasa letih
Jogging
Jogging membantu tubuh mengeluarkan peluh dan melindungi fungsi hati dengan baik. Namun
lakukan larian anak dan bukannya larian pecut.
Bersenam mengikut kemampuan diri. Jangan lupa regangkan otot dulu untuk elak kecedaraan atau kesakitan lepas bersenam.
Menari
Menari dikira sebagai senaman yang baik untuk anda merangsang penghasilan hemoglobin.
Apakah lagi menari merupakan senaman aerobik yang menyeronokkan. Konsep bersenam sambil menari ini boleh dipelbagaikan seperti salsa, zumba dan lain-lain.
Asalkan anda melakukan pergerakan, ia boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah serta hemoglobin darah.
Berbasikal
Berbasikal pun boleh bantu naikkan bacaan Hb. Cuma anda perlu berhati-hati ketika mengayuh basikal. Jika ada masa, bolehlah jatuh basikal di setiap petang di keliling rumah dalam 10 – 15 minit setiap hari.
Berenang
Renang merupakan senaman paling selamat untuk ibu hamil. Ia adalah senaman yang rendah impaknya.
Sambil berenang untuk naikkan bacaan Hb, anda juga membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Baca juga : Cara Didik Anak Dengan Betul
Baca juga : Cara Didik Anak Dengan Betul
Sumber : majalahpama
No comments:
Post a Comment