Ustaz Ini Kongsi Tips Didik Yang Betul Bila Ada Anak Perempuan - Bonda

Friday, 8 June 2018

Ustaz Ini Kongsi Tips Didik Yang Betul Bila Ada Anak Perempuan



Orang tua-tua dulu cakap jaga anak perempuan lebih susah sebenarnya daripada menjaga sekandang lembu. Eh, kenapa pula nak bandingkan jaga anak perempuan dengan lembu?

Sebelum bergelar ibu ayah tentu kita pertikaikan pepatah orang tua-tua tu. Tetapi bila sudah mempunyai anak perempuan yang semakin membesar setiap hari di zaman dunia teknologi digital ini, barulah kita akur dengan kata-kata tersebut.

Cabaran mendidik anak perempuan sememangnya sangat sukar pada masa kini. Kebimbangan melepaskan anak perempuan berdikari sendirian membuatkan ramai ibu bapa tetap meletakkan anak perempuan masih di bawah ‘ketiak’ mereka.
Namun ia bukan jaminan si anak perempuan tetap selamat daripada segala tipu daya dunia yang lunak mempengaruhi si anak.

Perkongsian kebimbangan dan pesanan daripada Ustaz Muhammad Izzuddin  kepada ibu bapa yang ada anak perempuan wajar dijadikan panduan berguna sepanjang membesar dan mendidik mereka.

Bila ada anak perempuan.


Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.

Jujur

Masa dia kecil kecik dulu

Tak rasa sangat cabarannya

Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya


Mak sentiasa pesan,

Ada anak perempuan jangan ambil mudah..

Jangan buat tak endah

Tanggungjawab nya berat

Tugasnya amat besar

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan

Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi

Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup

Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.

Tidak terdedah sana sini

Tidak ketat menonjol

Ajarkan mereka erti malu

Ajar pakai yang sopan sopan

Besederhana menikmati zaman kanak kanak


Bila ada anak perempuan

Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik

Bahayanya ada dimana mana

Jangan percaya kepada sesiapa


Bila ada anak perempuan

Ajarkan mereka sentuhan selamat

Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat

Jangan biarkan anak berseorangan

Sentiasa temani mereka

Biar kita susah hari ini

Dari menangis dikemudian hari


Bila ada anak perempuan

Ajarkan mereka tentang harga diri

Ajar mereka untuk sayang diri sendiri

Kerena diri mereka sangat berharga


Bila ada anak perempuan

terangkan kepada mereka tentang haid,

dan kehamilan bila mereka sudah baligh

Usah malu untuk memberi ilmu

Bimbang mereka cari di tempat salah


Bila ada anak perempuan

Pilihlah rakan untuk mereka

Kenali juga siapa kawan mereka

Rakan yang baik menjadi penguat

Rakan yang nakal menjadi pemusnah


Bila ada anak perempuan

Selalu lah diperiksa handphone mereka

Apa yang dikongsi

Apa yang ditulis

Ambil tahu


Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan

Sentiasa ingatkan mereka

Jagalah diri baik baik

Jagalah maruah diri

Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot

Biarlah orang kata kita syadid


Bila ada anak perempuan

Berdoalah,

Mohon dijaga kehormatan diri mereka

Mohon dijaga keselamatan mereka

Moga moga Allah jaga dan lindung..


Perkongsian untuk kita bersama ibu ayah



No comments:

Post a Comment