Resepi Popia Nestum Susu - Bonda

Saturday 2 June 2018

Resepi Popia Nestum Susu


Akhir-akhir ramadhan ini, ramai yang sudah membuat persiapan untuk raya. Pelbagai jenis biskut dan kek raya disediakan. Tidak ketinggalan juga bagi bonda. Antara kerepek yang paling senang dan mudah disediakan adalah popia nestum susu.

Resipi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati.

Bahan-Bahan Popia Nestum Susu :

1 kulit popia (Bonda guna kulit popia jenama KG packaging warna biru)
Straw untuk menggulung / lidi satay / chopstic
1 ½ cawan nestum
½ cawan gula
1 cawan susu tepung / horlic (Bonda lebih suka guna susu tepung)
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk Gam :

2 sudu besar tepung
1/4 cawan air

Cara-cara Menyediakan Popia Nestum Susu :

#1: Gulung kulit popia menggunakan straw atau lidi satay. Namun begitu, bentuk popia yang dikehendaki adalah mengikut kreativiti dan keinginanan seseorang. Untuk mendapatkan bentuk empat segi, anda boleh memotongnya mengikut kreativiti anda. Pastikan kulit popia yang telah dibuka ditutup dengan tuala lembap. Ini bagi memastikan kulit popia tidak kering dan menyenangkan proses menggulung nanti. Untuk pastikan gulungan melekat, lekatkan dengan gam gandum.

#2: Selepas siap menggulung, kulit popia tersebut bolehlah dipotong serong-serong atau mengikut kreativiiti anda.

#3: Selepas itu, panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak tidak terlalu panas untuk mengelakkan daripada hangit. Gunakan api yang perlahan supaya kulit popia tadi masak elok.

#4: Selepas itu, sejukkan popia yang telah digoreng.

#5: Buat serbuk adunan dengan mencampurkan nestum, gula, dan susu tepung. Pastikan nestum dan gula diblender terlebih dahulu.

#6: Campurkan kesemua bahan tersebut dan siap untuk dimakan.


Selamat Mencuba




No comments:

Post a Comment