Popia Inti Kentang dan Telur - Bonda

Saturday, 2 June 2018

Popia Inti Kentang dan Telur



Bahan-bahan diperlukan:


  • 3 biji kentang (Dipotong dadu kecil dan direbus terlebih dahulu)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu) 
  • 1 peket kulit popia (jenama KG warna biru
  • Daun bawang @ daun kucai (Dipotong pendek)
  • 1 biji cili merah (Dihiris kecil-kecil) 
  • 2 ulas bawang putih (racik kecil-kecil)
  • ½ labu bawang Holland (potong dadu)
  • 1 sudu makan tepung gandum (Dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam membalut popia nanti) 
  • Garam secukup rasa 
  • Serbuk lada putih @ serbuk lada hitam
  • 2 biji telur
  • Minyak masak secukupnya 
  • Sos cili secukupnya


Cara menyediakan dan memasak:


  1. Rebus kentang dengan sedikit air dan garam di dalam kuali sehingga empuk dan kering air. Jika air tidak kering, boleh la buang air rebusan tersebut. Pastikan kentang empuk.
  2. Kemudian, panaskan periuk, letak sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan lobak merah, cili merah, daun kucai @daun bawang dan sedikit garam.
  3. Kemudian masukkan telur dan sedikit serbuk lada putih @ hitam. Masak sebentar kemudian sejukkan. 
  4. Buka kulit popia dan asingkan satu per satu. Tutupkan kulit dengan kain lembap. 
  5. Bentangkan kulit popia dan letakkan bahan yang dimasak tadi di tengah tengah. 
  6. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kulit popia. 
  7. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan air.
  8. Gulungkan kemas-kemas. 
  9. Gorengkan sehingga garing dalam minyak yang panas. Gunakan api yang perlahan, Angkat dan tuskan minyak.
  10. Hidangkan bersama sos cili.












x

No comments:

Post a Comment