“Badan Yang Masih Lemah Amat Perlukan Rehat Panjang…” - Bonda

Tuesday, 3 July 2018

“Badan Yang Masih Lemah Amat Perlukan Rehat Panjang…”



Biasanya mak-mak yang berpantang cukup 44 hari ini niat nak sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping, dan sihat walaupun umur dah berusia.

Namun ikut kemampuan badan sendiri, ada sesetengah mak-mak langsung tak kisah makan apa walau belum cukup 40 hari. Agak-agak apa kesan jangka masa panjang nanti?

Untuk mak-mak yang baru lepas bersalin, jemput baca perkongsian Doktor Nik Salida Suhaila Nik Saleh  ini…

“Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra Syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.”


Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).

Ini Yang Kaum Mak-mak Bersalin Mahukan


Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.

Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari. Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula? Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.

Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat. Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh. Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.

Wanita Bersalin Perlu Rehat


Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.

Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.

Haaa… bagi mak-mak yang dah terlepas bab berpantang, mungkin boleh mulakan balik bila dapat anak baru nanti. In shaa Allah badan luaran dan dalaman baik elok dan tubuh pun rasa segar.

Sumber : Nik Salida Suhaila Nik Saleh

No comments:

Post a Comment