Memaksa anak tekun belajar pada waktu yang sepatutnya di rumah teramatlah sukar pada ibu ayah. Penat dipaksa tetapi anak hanya belajar sekejap dan kemudiannya alihkan perhatian pada perkara lain. Sukar.
Kurang minat untuk belajar mungkin menjadi sebab anak-anak tidak mahu fokus dan inilah yang menyebabkan ada segelintir anak-anak kita masih tidak boleh membaca seperti rakan-rakan lain.
Sebenarnya memupuk minat anak untuk belajar perlu bermula di awal usia lagi. Walaupun anak-anak masih tak faham ketika usianya masih kecil, cara ni membiasakan dirinya dengan buku dan ilmu.
Wanita ini, Diyana Jamal berkongsi cara dan tip yang dilakukannya untuk mendidik anaknya, Damia yang kini berusia 5 tahun.
Ketahui tip dan caranya. Mulakan dari sekarang adalah satu cara yang paling bijak buat anak kita. Jom baca apa yang wanita ini buat!
Seperti yang di janjikan, ibu nak share cara ibu didik Damia untuk tarik minat dia rajin belajar. Ni adalah berdasarkan pengalaman ibu.
Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu, boleh baca dan cuba buat untuk anak-anak korang ya
1. Belikan alat tulis
Sejak Damia berusia 3 tahun lebih lagi, ibu dah mula belikan dia alat tulis. Belikan dia alat tulis yang basic je.
Contohnya : Pensel, buku.
Pernah juga kami belikan dia warna magic, water color, dan cryon untuk dia berkreativiti.
2. Biarkan anak buat sepah/conteng buku dan dinding
Pada mulanya ibu pun geram juga. Bayangkan, dinding rumah baru di cop dan di conteng dengan pelbagai warna, di sini sana. Mahu tak bertukar hijau!??
Tapi, lama kelamaaan, ibu tahu cara ibu yang salah. Kanak-kanak seusia 2-3 tahun, mindanya sedang pesat berkembang. Mereka ni akan bermain & membuat sepah di rumah macam tongkang pecah.
Dan menconteng itu adalah cara mereka mengexpresi kreativiti mereka. Jika bimbang dinding kotor, korang boleh beli kertas khas untuk di lekatkan di dinding atau boleh juga cat dinding dengan cat minyak. Part yang bersepah tu, kau redha je lah ?? hahaha
3. Be with her
Cari masa untuk bersama-sama dengan anak-anak untuk berkreativiti dan belajar. Kehadiran kita di sisi mereka ni boleh menyuntik semangat dan mood mereka. Dan semestinya, JANGAN pegang handphone semasa sesi tersebut. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
4. Rancang jadual
Walau pun anak kita berusia 3 tahun, kita seharusnya ada jadual untuk dia bermain dan belajar. Tak perlulah sampai nak buat time table.
Cukuplah sekadar meluangkan masa sekitar 1-2 jam untuk belajar. Jika dapat 10 minit sesi pun okey. Bila dia dah suka, lama-lama nanti automatik dia leka untuk belajar
5. Jangan paksa
Anak-anak ni dia mudah bosan. Bila kita buka je buku atau suruh dia belajar, memang payah nak fokus dan adakalanya dia memberontak.
JANGAN PAKSA. Biarkan dahulu. Perhatikan dahulu cara dia. Seperti Damia, dia suka belajar bila buka tv.
Kena sabar dan selalu lihat perkembangan dan minatnya.
6. Have fun
Jangankan budak-budak. Mak bapak budak pun malas nak belajar kalau tak kena cara ? Tapi, kanak-kanak ni lebih mudah di lentur minatnya.
Caranya, kita ibu bapa ni kena kreatif semasa sesi pelajaran. Korang boleh bawa anak-anak pergi ke taman untuk belajar.
Mereka ni lebih mudah mengingat bila melihat benda yang real. Sebagai contoh, kita tunjukkan bunga. Kita ceritakan bunga tu warna apa, berapa kelopaknya, berbau wangi dan sebaliknya
7. Elak perkataan JANGAN
“Jangan malas belajar”, “Jangan tengok tv”, “Jangan main benda tu”. Sebaliknya TUKAR kepada, “Kakak, jom kita lukis bunga”, “Kakak, jom kita
baca buku”, “Jom kita nyanyi”. Ingat tau korang. Kata-kata yang baik, akan menghasilkan result yang baik.
8. Pillow talk
Ni istilah orang putih. Dalam bahasa Melayunya “cakap bantal”. Bukan cakap dengan bantal tau. Hahaha. Maksudnya, sebelum tidur, ibu akan ulangkaji secara lisan tentang apa yang telah kami lalui dan pelajari siang tadi.
Dan waktu ini, memang sangat membantu untuk kita sebagai ibu untuk jalinkan hubungan yang akrab dengan anak. Ketika dia sedang mamai nak tidur tu, korang ucap dan DOA yang baik-baik untuknya. Jika boleh, peluk dia sekali. This one yang ibu JARANG miss sejak Damia berusia 3 tahun.
Sekarang dia dah 5 tahun. Alhamdulillah dia sangat suka bila di ajak untuk belajar dan ulang kaji.
Selamat mencuba!
Sumber : keluarga
No comments:
Post a Comment