Seorang lelaki (tengah) direman tujuh hari bermula hari ini kerana mencabul anak perempuannya Selasa lalu. - Foto Khairunisah Lokman |
MELAKA: Seorang bapa direman tujuh hari bermula hari ini, akibat mencabul anak perempuan kandung di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Selasa lalu.
Lebih memilukan, lelaki berusia 37 tahun itu mengambil kesempatan ke atas keadaan anak perempuan berusia lapan tahun yang dikategorikan sebagai kanak-kanak lembam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, berdasarkan laporan polis dibuat ibu mangsa, suspek melakukan perbuatan terbabit di rumah mereka pada waktu malam.
"Kejadian disedari guru sekolah mangsa yang kemudian memberitahu ibu mangsa, 30-an ketika wanita terbabit mengambil anaknya pulang dari sekolah.
"Guru terbabit memberitahu yang mangsa dicabul bapanya dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dan cuba melakukan hubungan seks," kata Mohd Nor Yhazid, ketika ditemui, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Bukit Beruang, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejadian dilakukan suspek pada 10 Julai lalu dan ibu mangsa membuat laporan polis semalam (13 Julai), sebelum suspek yang juga buruh kasar, ditahan di rumahnya dan direman hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Hurman Hussain di Mahkamah Ayer Keroh, hari ini.
Mohd Nor Yhazid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment