Pulut Durian 'Kelantan Style' - Bonda

Saturday, 14 July 2018

Pulut Durian 'Kelantan Style'


Pulut bersama durian! Perghhh.. Boleh kecur air liur dibuatnya. Makanan yang sentiasa mendapat sambutan tidak kira masa.

Pasti semua orang boleh membayangkan buah berduri berwarna hijau kecoklatan dan isi buah yang kuning keemasan. Apabila dimakan isi buah tersebut, rasa lemak berkrim isi yang manis membuatkan sesiapa sahaja naik sawan kerana tiada siapa yang dapat menyangka buah yang dipanggil sebagai ‘raja’ segala buah mempunyai sisi ‘lembut’ seperti itu.

Bahan-Bahan:


  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir
  • 1 biji durian (lagi banyak lagi sedap)


Cara menyediakan dan memasak:


  • Tanak atau kukus beras pulut (ikut suka).
  • Perah santan daripada sebiji kelapa tadi, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak).
  • Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi.
  • Kupas durian dan ambil isinya.
  • Setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, & sedikit gula pasir ke dalam pinggan. Kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.
  • Sedia dimakan. Pulut Durian Kelantan Style.

No comments:

Post a Comment