Bayi Berusia Dua Hari Ditemui Dalam Beg Kertas - Bonda

Wednesday, 4 July 2018

Bayi Berusia Dua Hari Ditemui Dalam Beg Kertas

SEORANG bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui diletakkan dalam beg kertas yang digantung pada cermin sisi kereta di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Ashman Shah. - Foto ihsan pembaca

IPOH: Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam beg kertas yang digantung pada cermin sisi kereta di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Ashman Shah sini, malam tadi.

Difahamkan, bayi malang itu ditemui seorang lelaki pada jam 12.15 tengah malam selepas mendegar tangisannya dipercayai akibat kesejukan dan lapar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Katanya, bayi terbabit dipercayai baru dua hari dilahirkan dan kini berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat di hospital berkenaan.

"Polis menerima maklumat penemuan bayi itu malam tadi dalam keadaan masih hidup sebelum dibawa ke HRPB untuk menerima rawatan.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini.

Menurut sumber, bayi berkenaan ditinggalkan kira-kira jam 8.30 malam sebelum ditemui empat jam kemudian.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment