Isteri Amy Search Keguguran - Bonda

Wednesday, 4 July 2018

Isteri Amy Search Keguguran



KUALA LUMPUR: Impian penyanyi legenda rock, Amy Search untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun tidak kesampaian apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish keguguran, Isnin lalu.

Vokalis kumpulan Search berkongsi perkara itu menerusi muat naik rakaman video ketika menjalani pemeriksaan doktor di laman Instagramnya, malam tadi.


"Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang daripada pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

"Qaqa menangis teresak-esak. Kini, tiada lagi cerita bayi yang bakal menemani mereka nanti," luahnya dalam muat naik itu.

Reda dengan dugaan itu, Amy berharap akan ada kemanisan yang menanti di sebalik ujian yang berlaku.

"Moga kami semua reda dengan dugaan ini. Pasti dugaan itu datang bersama keindahan apabila bersabar dan berbesar hati menerima ketentuan takdir," katanya.

Sementara itu, Norish yang dihubungi turut akur dan reda apabila rezeki untuk menimang cahaya mata lagi tidak kesampaian.

"Kami sekeluarga reda. Sudah tidak ada rezeki dan insya-Allah, saya kena kuat dengan dugaan ini," katanya.

Amy dan Nourish mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9.

Amy juga mempunyai dua lagi anak, Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, menerusi perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

BACA JUGA : Jangan Takot Bersama Ketika Hamil

No comments:

Post a Comment