Guru Direman 7 Hari - Bonda

Thursday 19 July 2018

Guru Direman 7 Hari


KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang di sini, Mei lepas.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Majistret Ampang Roslan Md Nor selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 53 tahun tersebut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu ditahan reman bermula hari ini sehingga 25 Julai.

Sebelum ini media melaporkan ibu mangsa telah membuat laporan polis pada Jun lepas berhubung kejadian setelah dimaklumkan oleh anaknya.

Kejadian itu juga tular menerusi media sosial Facebook yang antara lain menyatakan mangsa yang berusia 10 tahun dikatakan telah diajak oleh guru tersebut ke dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan dengan alasan membantu merekodkan markah.

Namun ketika di dalam bilik itu, guru tersebut dikatakan menarik tangan mangsa secara kasar serta memaksanya duduk di atas pahanya dan difahamkan ketika itu terdapat tiga murid lain di dalam bilik berkenaan yang turut menyaksikan kejadian. - BERNAMA

BACA JUGA : Guru Umur 53 Tahun Ditahan Cabul Murid

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment