Jururawat Kongsi Tips Supaya Jahitan Luka Selepas Bersalin Tidak Terbuka Semula Seperti Pesakitnya. - Bonda

Friday 20 July 2018

Jururawat Kongsi Tips Supaya Jahitan Luka Selepas Bersalin Tidak Terbuka Semula Seperti Pesakitnya.


Jahitan terbuka selepas bersalin memang menakutkan. Sesiapa yang pernah alaminya pasti berasa trauma dan panik. Kalau boleh keadaan ini nak dielakkan. Ini biasa berlaku kepada yang baru bergelar ibu.

Luka jahitan bersalin ibu-ibu kalau tidak dijaga dengan betul, keungkinan boleh terbuka semula. Itu sebabnya orang tua selalu berpesan kepada ibu baru bersalun supaya mengawal pergerakan diri dan tidak boleh bergerak aktif serta lasak semasa berpantang.

Ini bukan perkara main-main. Bonda pun dah terasa takut mendengarnya. Jom ikuti perkongsian daru Jururawat ini, Noor Shafinah Mamat mengenai pesakitnya yang mengalami jahitan terbuka.



Disebabkan jahitan pt saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yg patut ibu2 jaga untuk make sure jahitan betul2 sembuh pada waktunya, harap2 tak jadi mcm pt saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah xlawa cik bunga kita 🤭

1. Cuci luka 

Sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering-kering. Pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambil masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam masa 5 minit. Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi dalam masa 5 minit. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tempat jahitan. Hair dryer boleh tapi bising sangat bunyinya.

2. Botol Spray

Botol spray ini boleh didapti di kedai RM2 atau Daiso tapi mahal sikit la. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lg dekat Klinik Kesihatan. Kalau pakai kapas dab dab, kadang2 tak kena tempat luka tu, macam saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu2 benang atas dah hilang.

3. Kurangkan berjalan tetapi boleh bersenam 

Semestinya. Kalau perlu sgt, tolonglah kepit mcm tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.senaman kegel pon menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss tau tak senaman kegel camane??

4. Tukar pad

Tukar pad 2 - 4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. kalau anak meragam, buatlah kerap mana yg mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lg apa semua. Please elak.

5. Vitamin C, zinc 

AmbiLlah extra vit c. Macam saya tak boleh mkn oren sunkist tu sbb perut meragam, saya ambik vit c tambahan utk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yg boleh mkn oren, lagi baik. Cepat kering.

6. Air garam / sitz bath


Ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, mcm2 org kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lps buang air. Kalau dpt buat sitz bath lg better.berendam ~


7. Buang air 

Elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak kinum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit mmg akan kacau tmpat jahitan tu, takut terbuka. Jgn teran2 sgt ye.

Ni je asas penjagaan luka jahitan yg misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan2 tersebut diragui juga & sebab takut jadi jangkitan juga.

Sumber : Noor Shafinah Mamat

No comments:

Post a Comment