Mikayla Delisha Hakim Nama Si Comel - Bonda

Friday 13 July 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Si Comel


KUALA LUMPUR : Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza memilih nama, Mikayla Delisha Hakim untuk anak perempuan mereka yang dilahirkan, semalam.

Norman menjelaskan, Mikayla bermaksud pemberian Allah manakala Delisha menggambarkan rasa gembira dan menyebarkan elemen positif.

"Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... Papa dan mummy sudah memberi nama buat saya. Dengan izin Allah, maka wujudnya kombinasi nama Mikayla Delisha Hakim.

"Ingat nama saya dalam doa atuk, nenek, pakcik, makcik, kakak, abang dan semua pengikut di media sosial ini tau? Terima kasih dan sayang semua!" kongsi Norman pada akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Memey selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiga hasil perkahwinan dengan Norman, pada jam 12.52 tengah hari semalam.


Selain berkongsi nama anak, pasangan selebriti itu turut mewujudkan akaun Instagram buat puteri mereka itu.

Rata-rata netizen gembira dan meluahkan perasaan syukur atas kehadiran ahli baharu keluarga selebriti itu.

Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu, sebelum ini dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

No comments:

Post a Comment