Penyelia Sekolah Dipenjara Cabul Pelajar - Bonda

Sunday, 15 July 2018

Penyelia Sekolah Dipenjara Cabul Pelajar


TEHERAN - IRAN. Seorang penyelia di sebuah sekolah menengah lelaki, dipenjara 10 tahun dan 80 sebatan selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual bawah umur, kata agensi berita ISNA, Iran, hari ini.

Laporan pencabulan terhadap berpuluh pelajar di sekolah swasta tersebut didedahkan akhbar pada penghujung Mei tahun ini.

Skandal itu juga memaksa campur tangan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang meminta hakim menghukum pesalah.

Agensi ISNA melaporkan, mahkamah mendapati penyelia sekolah bersalah melakukan serangan seksual bawah umur, menghasut agar berkelakuan keji dan menghilangkan nilai kesopanan.

Ibu bapa pelajar mendakwa, penyelia terbabit menghasut anak-anak mereka melakukan perbuatan seksual selepas menunjukkan video pornografi di telefon bimbit miliknya. - AFP

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment