Beg Kena Kebas Ketika Solat - Bonda

Sunday 15 July 2018

Beg Kena Kebas Ketika Solat

Rakaman CCTV kejadian curi di masjid yang tular, semalam.

IPOH - Seorang jemaah wanita kerugian lebih RM500 selepas beg tangan miliknya lesap ketika sedang solat di sebuah masjid di Bandar Baru Putra, semalam.

Kejadian jam 9.10 malam itu berlalu ketika wanita berusia 62 tahun terbabit meletakkan beg tangan mengandungi dokumen peribadi termasuk kad bank, telefon bimbit dan wang tunai di hadapan ruang solat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, setelah selesai solat, mangsa dapati beg tangannya telah tiada.

"Mangsa tidak nampak orang yang mengambil beg terbabit dan cubaan menghubungi telefon bimbitnya juga tidak berjaya," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kehadiran seorang lelaki telah mengambil beg berkenaan.

"Wajah lelaki terbabit bagaimanapun tidak jelas, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek," katanya.

Rakaman CCTV berhubung kejadian itu tular dimedia sosial, semalam.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment