Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika dan Taska : Sains - Bonda

Friday 22 June 2018

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika dan Taska : Sains

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama Guru : Bondakids

Kelas :

Tarikh :

Masa : 9.10 - 9.40 pagi (30 minit)

Modul : Sains Bertema (Bahasa Inggeris)

Tunjang Tunjang Sains dan Teknologi - Awal Sains

Fokus : ST 2.0 Kemahiran Saintifik

Standard Pembelajaran : ST 2.1.10 Memerhati dan menyatakan kesamaan dan perbezaan antara objek yang diperhatikan.

Kesepaduan : BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberikan respon dengan bimbingan.

Bilangan Murid : 25 orang

Sub Tema : Serangga

Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat;

1.  Memerhati dan menyatakan kesamaan dan perbezaan antara objek yang diperhatikan.

2.  Mendengar arahan mudah dan memberikan respon dengan bimbingan.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal lalat dan belalang

Bahan : Kad gambar, video, kad perkataan

Penerapan Nilai: Disiplin, toleransi, hemah tinggi.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar/Catatan
Set induksi
(3 minit)
1.      Guru bermain teka teki dengan murid mengenai kad gambar.
2.      Guru menunjukkan kad gambar belalang dan lalat.
1.      Murid menjawab soalan teka teki yang dikemukan oleh guru.
2.      Murid melihat kad gambar belalang dan lalat.
Alatan
-         Kad gambar
Kesepaduan
-         Bahasa Melayu
Nilai
-         Disiplin

Langkah 1
(7 minit)
1.      Guru menerangkan ciri-ciri belalang dan lalat.
- ciri fizikal
- cara pergerakan
2.      Guru mengajar mereka membaca perkataan

1.      Murid mengetahui ciri-ciri belalang dan lalat.
Alatan
-         Kad gambar
-         Kad perkataan
Kesepaduan
-         Bahasa Melayu
Nilai
-         Disiplin
-         Toleransi
Langkah 2
(8 minit)
1.      Guru menerangkan perbezaan dan persamaan belalang dan lalat.
1.      Murid mengetahui perbezaan dan persamaan belalang dan lalat.
Alatan
-         Kad bergambar
Kesepaduan
-         Bahasa Melayu
Nilai
-         Disiplin
Langkah 3
(5 minit)
1.      Guru memanggil murid ke hadapan kelas.
2.      Guru menyuruh murid mengasingkan gambar  persamaan dan perbezaan antara serangga tersebut.
1.      Murid ke hadapan kelas apabila dipanggil guru.
2.      Murid mengasingkan persamaan dan perbezaan kad gambar.
 Alatan
-         Kad gambar
Kesepaduan
-         Bahasa Melayu
Nilai
-         Disiplin
-         Toleransi
Langkah 4
(10 minit)
1.      Guru menunjukan cara membuat latihan yang akan diberikan oleh guru.
2.      Guru memberikan lembaran kerja kepada murid mengenai perbezaan dan persamaan antara belalang dan lalat.
3.      Guru membimbing murid.
1.      Murid melihat cara membuat latihan tugasan yang akan diberikan.
2.      Murid membuat  tugasan yang diberikan oleh guru.
3.      Murid dibimbing oleh guru.
                 
Alatan
-         Lembaran kerja.
Kesepaduan
-         Bahasa Melayu
-         Bahasa Inggeris
Nilai
-         Disiplin

Penutup
(2 minit)
1.      Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perbezaan dan persamaan antara belalang dan lalat.
1.      Murid bersoaljawab dengan guru mengenai perbezaan dan persamaan lalat dan belalang.
Nilai
-         Disiplin
-         Hemah tinggi.

Nota

Bonda nak kongsikan sedikit mengenai buku yang wajib dibeli oleh bakal guru, guru, dan mak ayah yang ingin nak ajar anak-anak. Buku ni bertajuk Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh DR.Mahani Razali. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi daripada buku ini. 

Untuk dapatkannya boleh hubungi atau whatsapps http://www.wasap.my/+60162558400 atau boleh juga didapati di https://www.facebook.com/haniatazone/


Refleksi Murid:
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Refleksi Guru :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment