Resipi Durian Crepe Mudah. Memang Terbaik! - Bonda

Saturday 14 July 2018

Resipi Durian Crepe Mudah. Memang Terbaik!


BAHAN KULIT / CREPE ( 10-12 keping)


1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning


BAHAN INTI KASTARD DURIAN:


2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
250ml susu cair
1 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan


Filling Whipping Cream:


500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

CARA MEMASAK:


CREPE:

1.Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.

2.Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Kacau guna pemukul tangan sahaja. Kemudian tapis.

3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. ( oles guna tisu).

4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.

5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangus. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.

6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindihtindih kulitnya. Insyaallah tidak melekat.

INTI KASTARD DURIAN:

1. Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 1 biji kuning telur dan susu cair dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.

2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan inti kastard.

3. Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan inti kastard dan masukkan ke dalam piping bag. Masukkan kedalam peti sejuk supaya ia tak cair.

FILLING WHIPPING CREAM:

1.Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.

2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak cair.

3.Untuk  "membantalkan durian crepe", sediakan kulit, letak whipping cream dulu , kemudian letak pula inti kastard durian dan letak lagi whipping atas kastard tadi.

4.Bungkus dengan kemas dan letakkan dalam cawan kertas.

5.Sejukkan sebelum dinikmati.


Kredit resipi gambar: Nur Wardah

No comments:

Post a Comment