Wanita, Ini 9 Petanda Rahim Tak Sihat, Awas Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh! - Bonda

Saturday, 7 July 2018

Wanita, Ini 9 Petanda Rahim Tak Sihat, Awas Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh!


Kaum wanita apatah lagi yang telah berkahwin dan melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.

Sebaiknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.

Melalui perkongsian Puan Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.

Antaranya:

1.Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2.Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3.Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.

4.Sakit Bahagian Ari-Ari

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5.Kerap Kencing atau Kencing Tak Lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6.Sakit Ketika Bersama

Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7.Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8.Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9.Miss V ‘Basah’ & Berbau

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

BACA JUGA : “Badan Yang Masih Lemah Amat Perlukan Rehat Panjang…”

Sumber : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment