5 Termasuk 3 Bayi Ditikam di Pusat Jagaan NYC - Bonda

Sunday, 23 September 2018

5 Termasuk 3 Bayi Ditikam di Pusat Jagaan NYC

ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian seorang wanita menikam tiga bayi di sebuah pusat penjagaan harian di Queens. - Foto Reuters

NEW YORK: Tiga bayi dan dua dewasa ditikam di sebuah pusat jagaan harian rumah di bandar raya ini hari ini, menyebabkan seorang daripada kanak-kanak itu parah, kata polis.

Pekerja wanita disyaki melakukan serangan itu mengelar lengannya sendiri, kata polis memaklumkan suspek ditahan dan dalam keadaan stabil.

Polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai motif serangan.

Pekerja tidak dikenal pasti berusia 52 tahun itu menikam dua bayi perempuan dan seorang lelaki berusia antara tiga hari hingga sebulan serta lelaki 31 tahun, dipercayai bapa seorang daripada anaknya serta seorang wanita berusia 30-an, kata polis.

Seorang daripada bayi itu dalam keadaan serius di sebuah hospital tempatan. Pisau dapur berdarah dan pencincang daging diambil di tempat kejadian, menurut jurucakap polis, Sophia Mason.

Insiden berlaku di sebuah rumah persendirian di Queens, kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD).

Tidak jelas jika penyedia khidmat jagaan harian itu dibuka ketika itu. Kedua-dua dewasa yang ditikam tinggal di rumah itu, kata jurucakap polis Thomas Antonetti. -Reuters

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment