Sebut sahaja kek pelangi , terus terbayang dalam minda tekstur kek yang sedang elok dengan sedikit berderai.Itu yang sebetulnya tekstur kek bercorak warna warni ini.
Selain daripada kek gula hangus atau sarang semut, kek butter serta kek span, kek pelangi ini menjadi pilihan emak-emak kita dari zaman berzaman sebab penyediaanya yang ringkas dan mudah untuk sajian minum petang.
Kali ni kami mahu berikan satu resepi kek pelangi bakar yang anda boleh cuba di rumah dengan bahan-bahan asas serta mudah. Dengan sukatan bahan-bahan yang sama ini, anda boleh gunakan untuk kek pelangi kukus. Cara penyediaan sama sahaja cuma ianya dikukus.Senang kan.
Antara tips untuk dapatkan kek pelangi sedap dan tekstur yang betul adalah :
1- Gula halus, marjerin dan juga esen vanilla mestilah dipukul hingga bertukar warna daripada kuning ke putih.Ini adunan asas untuk pastikan kek yang dibakar dapat seperti yang dikehendaki.
2- Gris loyang dengan marjerin dan juga alas dengan baking paper jika dibakar untuk elakkan kek pelangi melekat dan senang untuk dikeluarkan nanti.
3- Untuk dapatkan tekstur pelangi yang sama saiz dan cantik, pastikan anda gunakan senduk yang sama saiz dan jangan campur senduk ke dalam adunan warna lain.Jika ada 3 adunan, maka gunakan 3 senduk.
4- Untuk menyukat, gunakan cawan metrik yang boleh didapati di kedai bakery atau pasaraya supaya tepat.Murah je tak sampai RM2.
Selain daripada kek pelangin sukatan cawan ni,untuk tambahan perasa, anda boleh juga gabung dengan lapisan puding karamel di atas kek.
Bahan-Bahan :
1 cawan planta
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur ayam Gred A
2 sudu makan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Pewarna/perasa pilihan
• Tips : Ayak tepung gandum dengan baking powder sekurang-kurangnya dua kali untuk pastikan rata seimbang.
Cara Penyediaan Kek Pelangi Bakar atau Kukus ini :
#1: Dalam bekas, satukan planta,gula halus serta esen vanilla.Pukul hingga adunan menjadi warna putih.Nak cepat gunakan mixer. Baru masukkan telur sebiji dan pukul bagi kembang sedikit baru lah masukkan telur yang kedua,pukul dan telur yang ketiga.
#2: Masukkan susu pekat dan kacau rata barulah masukkan tepung gandum yang diayak tadi dalam 3 kali masuk. Jangan kacau kuat setiap kali gandum dimasukkan.Cukup sekadar
#3: Bahagikan kepada beberapa aduan yang anda mahu dan masukkan pewarna atau perasa.Kemudian guna loyang 9 inci yang dah digris serta dialas.Masukkan satu senduk adunan setiap warna dan ulang hingga habis.Panaskan oven 170’C selama 10 minit pada langkah ini.
Nak lorek permukaan kek pelangi dengan corak marble pun boleh atau nak biar kosong pun boleh. Bakar dengan suhu 160’C selama 40-50 minit menggunakan api atas bawah.
Untuk resepi kek pelangi kukus pun sama, selepas dh siap,kukus je sekitar 50-60 minit menggunakan api sederhana.Oh ya pastikan air pengukus dah mendidih ya sebelum masuk.
No comments:
Post a Comment