Hampir tiap-tiap hari kita kena bersihkan bilik air. Kalau skip seminggu dah berkulat bilik air dibuatnya. Menurut kajian, bilik mandi atau bilik air adalah merupakan satu lokasi yang paling popular pembiakan bakteria kerana keadaan panas dan lembab dalam bilik air. Keadaan ini, menyebabkan kita rasa malas mengenangkan tiap-tiap hari kena bersihkannya. Artikel ini ditulis untuk anda khas bagi mempermudahkan kehidupan kita membersihkan tandas!
Di sini, terdapat 5 tip yang boleh membantu anda membersihkan bilik air dengan usaha yang minima sahaja.
1. Kepala Pancuran (Shower Head)
Selepas itu, cuba alirkan dengan air paip. Buka ikatan, dan lihat hasilnya.
Putih bersih! Cuba lah.
2. Mangkuk Tandas
Kaedah ini hanya memerlukan satu tin air coca cola. Hanya tuangkan air tersebut dalam mangkuk tandas. Biarkan dalam 30 minit atau sejam. Gosok permukaan mangkuk tandas lepas itu dan cuba lihat hasilnya.
Anda juga boleh menggunakan cuka atau ubat pencuci mulut selain menggunakan air coke ini. Ini akan membunuh bakteria yang melekat di mangkuk tandas.
3. Bersihkan Permukaan Degil Dengan Lemon
Kaedah ini sangat mudah sahaja. Potong lemon atau limau nipis dan sental permukaan tersebut. Anda juga boleh menggunakan berus bagi memudahkan memberus di permukaan yang sukar disental. Anda juga boleh menambahkan garam untuk membersihkan di bahagian permukaan yang degil.
4. Cermin
Jika di rumah anda tidak terdapat soda, cuba ambil serbuk teh hitam dan masukkan dalam spray. Semburkan air tersebut di permukaan cermin dan lapkan dengan surat khabar.
5. Sinki Bilik Mandi
Terdapat beberapa petua dalam menyental permukaan sinki supaya nampak bekilat. Sapukan dnegan baking soda atau cuka putih di permukaan sinki dan siram dengan air panas.
Jika anda kehabisan baking soda, ambil serbuk teh hitam dan letakkan dalam spray. Bubuh air dalam spray tersebut dan spray kan di permukaan cermin.
Anda ada petua yang ingin dikongsikan? Jom komen di bawah.
No comments:
Post a Comment