Ibu-ibu yang dah bosan dengan sajian yang sama je tiap-tiap minggu, boleh cuba buat ayam bakar mentega atau ayam madu bakar mentega. Ayam mentega mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rasa yang manis-manis madu ditambah dengan rasa kepedasan sos cili mempunyai rasa dan bau yang tersendiri. Sapa yang pernah cuba, pasti akan mengulangi masak masakan ini lagi.
Jom lihat resepi ini dibawah, kesemua bahan yang digunakan adalah ringkas dan bahan yang ada di dapur.
Bahan-bahan :
15 ketul ayam / paha ayam
2 sudu besar mentega
5 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Cara-cara :
1. Cairkan mentega di dalam periuk.
2. Masukkan madu, sos cili, cili kisar, garam dan serbuk pati ayam.
3. Masak dengan api sederhana hingga pekat.
4. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sebentar sehingga separuh masak.
5. Biarkan sehingga sejuk dan sosnya menjadi likat.
6. Gaul rata sekali lagi dan alihkan ke atas dulang yang di alas aluminium foil.
7. Bakar selama pada suhu 200C sehingga ayam keemasan.
#Tips : boleh juga bakar di atas kuali yang dilapis dengan aluminium foil.
No comments:
Post a Comment