8 Kanak-Kanak Maut Main Bom Mortar - Bonda

Sunday, 23 September 2018

8 Kanak-Kanak Maut Main Bom Mortar



MAZAR-I-SHARIF: Lapan kanak-kanak, termasuk empat bersaudara terbunuh di Afghanistan ketika bermain dengan peluru mortar yang tiba-tiba meletup, kata saudara mara mangsa hari ini.

Sementara enam lagi cedera dalam letupan semalam, termasuk dua yang kehilangan anggota tubuh dan berada dalam keadaan kritikal di hospital di wilayah Faryab.

Semua mangsa berusia antara lima dan 12 tahun.

“Mereka menemui peluru mortar dan membawanya berhampiran rumah kami.

“Mereka tidak tahu apa itu dan cuba membukanya apabila ia tiba-tiba meletup,” kata bapa saudara kepada empat bersaudara yang terkorban, Shukrullah.

“Saya bergegas ke situ dan melihat mereka berlumuran darah.

“Mereka jumpa peluru mortar yang belum meletup dan bermain dengannya apabila ia meletup,” kata Alam.

Pegawai segera menyalahkan Taliban berikutan kejadian itu, yang menawan Koh-e-Sayad, kampung mangsa minggu lalu.

Militan menanam periuk api berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan, kata jurucakap polis Faryab, Abdul Karim Yoresh.

“Tengah hari semalam, mereka melalui kawasan itu apabila periuk api meletup,” kata Yoresh.

Kanak-kanak kerap terbunuh atau kehilangan anggota tubuh disebabkan bahan letupan yang ditinggalkan susulan konflik selama berdekad, tidak dimatikan atau sengaja ditanam. — AFP

No comments:

Post a Comment