Selepas berpantang, Bonda masih lagi jaga-jaga dalam pemakanan Bonda. Almaklumlah, sejak dapat cahaya mata sulong, Bonda banyak belajar benda baharu, khususnya cara diet harian bonda. Hal ini demikian kerana, perut makin sensitif selepas beranak.
Jadi, Bonda banyak mencuba dan mencari resipi-risipi yang sesuai dengan orang berpantang dan sesuai dengan perut Bonda. Salah satu lauk orang berpantang ialah Ikan Tenggiri. Ikan ini adalah khas bagi orang yang tengah berpantang.
Salah satu menu dari ikan tenggiri ialah Ikan Tenggiri Masak Asam. Jom lihat resepi dibawah :
Bahan - Bahan :
Ikan tenggiri
1sudu serbuk kunyit
Sedikit garam
1-2 cawann air (agak-agak)
1-2 sudu air asam
2 biji Bawang merah (hiris besar)
4 ulas bawang putih (hiris kasar)
Halia (hiris memanjang)
1sudu biji sawi
1 biji Tomato
Cili merah/hijau – hiris kasar
Cara - Cara :
1. Goreng ikan tenggiri (Garam dan Kunyit). Ketepikan ikan yang telah digoreng tadi.2. Masukkan semua bahan hirisan tadi ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan biji sawi.
4. Masukkan serbuk kunyit, air, air asam, dan tomato
5. Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, masukkan ikan.
6. Angkat ikan apabila ia mendidih.
Sedap makan ketika nasi panas-panas.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment