Ais kepal milo agak trending sekarang ini. Sampaikan Milo di pasaran masa itu agak laku. Nestle banyak memprmosikan produk mereka kerana permintaan terhadap milo agak tinggi pada masa itu.
Bonda masih ingat lagi, dahulu, semasa Bonda di sekolah menengah, Bonda selalu membeli ais kepal milo yang dahulunya bonda namakan sebagai ABC COKLAT. Sekarang dikenali sebagai ais kepal milo dan menjadi viral sekarang.
Jom ikuti resepi ais kepal milo/ abc coklat ini:
BAHAN-BAHAN:
1 tin miloAis
Susu
Air kosong
Blender biasa
Topping (mengikut kesukaan..cth.. oreo,coklat rise)
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Masukkan serbuk Milo secukupnya ke dalam kuali atau periuk2. Tambahkan air supaya serbuk Milo menjadi cecair. Pastikan Milo dalam keadaan pekat ye
3. Jangan tambah terlalu banyak air
4. Panaskan sehingga pekat. Jangan sampai mendidih
5. Kisar ais menggunakan blender sehingga hancur.
6. Pastikan tidak terlalu hancur menjadi air.
7. Bila sudah kisar, keluarkan ais dan kepal menggunakan tangan ataupon lapik guna kain bersih.
10. Tuang susu pekat pada kepalan ais anda tadi atau gunakan susu kotak dutchlady atau nestle.
10. Sekiranya anda menggunakan susu kotak, susu itu akan lebih mudah menyerap masuk ke dalam ais.
11. Susu pekat agak sukar untuk diserap masuk ke dalam ais.
12.Kemudian tuang Milo dalam bentuk cecair yang sudah dipanaskan tadi di atas ais kepal anda.
13. Seeloknya cairan Milo ini dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Akhir sekali campak topping mengikut kesukaan anda.
14. Siap dan boleh dihidangkan.
p/S : Terdapat pelbagai cara dan ia adalah mengikut kreativiti anda bagaimana hendak mengubah sesuatu makanan itu megikut citarasa anda sendiri.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment