Bahan-Bahan:
1 peket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang.
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 genggam ikan bilis @ udang kering tumbuk halus
1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar
1 labu bawang besar-dadu
1 biji cili merah/1 biji besar cili kering dihiris halus
3 tangkai daun kucai-potong pendek2
3- 4 cawan air suam panas + pewarna kuning@kunyit +2 sudu kecil garam + 1 sudu besar gula
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan air suam tadi dan kacau sebati.
Boleh goreng terus dalam minyak yang banyak.
Angkat dan toskan.
No comments:
Post a Comment