Resepi Kek Minyak Sukatan Cawan - Bonda

Friday, 21 September 2018

Resepi Kek Minyak Sukatan Cawan


Resepi kek minyak yang kami berikan dalam artikel ini boleh anda cuba untuk juadah minum petang nanti. Kalau kebisaan selalu kita buat atau makan kek span,kek marble kali ni kita tukar selera sikit ya.

Apa beza resepi kek minyak dengan kek yang menggunakan butter ?

Ada beza nya. Penggunaan minyak menjadikan kek lebih lembut dan bertambah sedap bila dicampur dengan susu pekat manis.

Penggunaan minyak sayuran seperti minyak jagung atau minyak biji matahari akan buatkan kek minyak bertambah wangi. Memang sedap dan menarik.

Untuk pembaca,kami berikan resepi kek minyak yang boleh anda bakar dan juga dikukus.Jadi senang la nak pilih salah satu kaedah masak. Berbaloi baloi.

Dari segi tekstur pula, kek minyak lain daripada kek span.Jika kek span rasanya ringan , kek minyak pula sedikit pada tapi tetap penuh dengan kelembutan.Sedap dicicah dengan air kopi panas ataupun teh o.

Untuk membuat corak marble ataupun pilihan anda sendiri, anda boleh gunakan pewarna atau perisa seperti serbuk koko atau emulco.Terima kasih kepada Puan Nur Syamimi atas resepi kek minyak sukatan cawan yang diberikan. Jangan lupa sukat bahan-bahan menggunakan cawan metrik sukatan standard.

Bahan Resepi Kek Minyak Gebu


5 biji telur ayam gred B

1/2 cawan gula

3/4 cawan susu pekat manis

1 sudu teh ovalette

1 sudu teh esen vanilla

1 cawan minyak jagung

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Perasa dan pewarna pilihan

Cara Buat Resepi Kek Minyak Baka dan Kukus :


#1: Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama baking powder.Ayak minima 2 kali supaya sebati dan tersebar elok.Ketepikan.Dalam satu bekas masukkan telur bersama gula.Guna mixer tangan atau mesin dan pukul hingga adunan kek minyak gebu.Cara nak tahu, adunan bertukar menjadi putih pucat.

#2: Tambahkan susu pekat, ovalette dan juga esen vanilla.Kacau sekejap dengan mixer barulah tambahkan minyak jagung.Nak juga minyak biasa pun boleh tapi penggunaan minyak sayuran memang buatkan kek bertambah wangi.Kacau adunan dengan sudip sahaja supaya minyak sebati.

#3: Masukkan adunan dalam 2-3 kali masuk.Tak perlu kacau tapi kaup balik sahaja.Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan perasa atau perwarna yang anda mahu.Jika perasa, guna 1 sudu teh sahaja manakala pewarna sekadar 2 titik dah cukup.

#4: Alas loyang 8 inci dengan baking paper dan sapukan mentega pada dinding loyang.Baru masukkan adunan secara berselang seli. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170’C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Jika anda nak kukus, kukus selama 1 jam juga.

Dah siap dah kek minyak kita. Selamat mencuba resepi kek mudah ini.

Sumber : daridapur

No comments:

Post a Comment