Resepi Ketupat Sotong Super Sedap. Yang dah Rasa Mesti Nak Lagi - Bonda

Sunday 30 September 2018

Resepi Ketupat Sotong Super Sedap. Yang dah Rasa Mesti Nak Lagi


Bahan-Bahan :


1-2 kg sotong sederhana besar (Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelur)
Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya. Cabut kepala sotong dan buang giginya. Sejatkan.

1 cawan beras pulut
4 keping gula melaka
Sedikit gula (jika suka)
Sedikit garam
2 1/2 cawan santan pekat.
Daun pandan
Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.

Cara-caranya :


1. Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.

2. Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer...kalau penuh sangat  ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.

3. Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.

4. Susun daun pandan di dalam periuk. Susun semua sotong  dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka. Selalunya saya letak santan hingga tenggelamnya sotong tersebut).


5. Tutup periuk dan rebus sotong.

6. Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula. Masak sehingga gula melaka dan kuah jadi pekat seperti di dalam gambar.

Selamat Mencuba

Kredit : Cik Wan Kitchen

No comments:

Post a Comment