Resipi Spaghetti Bolognese Ringkas. Janji Sedap - Bonda

Sunday, 30 September 2018

Resipi Spaghetti Bolognese Ringkas. Janji Sedap


Masakan Itali di Malaysia pada hari ini bukan sesuatu yang asing lagi. Jika dahulu kita hanya dapat rasa makanan ini di restoran terkemuka sahaja, namun kini ianya sudah mudah didapati dengan harga yang berpatutan.

Kami percaya masakan Itali seperti spageti menjadi kegemaran anak-anak. Spagheti ini boleh divariasikan mengikut kreativiti dan selera masing-masing sesuai dengan tekak Melayu.

Jom lihat bagaimana Sphageti bolognese yang ringkas ini.

Bahan-Bahan : 


Bahan-bahan untuk 1 peket Spagheti
3 tin sos Prego (2 tin hijau dan 1 tin merah)
2 labu bawang besar Holland- dadu
2 ulas bawang putih- dadu
1 sudu serbuk cili- optional
4 biji tomato saiz sederhana- dadu
3 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk oregano
Garam
Gula
1/2 tin cendawan butang- saya guna ayam brand - hiris
2 sudu daun parsley/1 tangkai besar- nak letak lebih pun boleh, lagi sedap
2 keping dada ayam-cincang

Cara-caranya :


1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan 1 sudu serbuk cili. Kacau.
3. Masukkan ayam cincang + garam+gula +daun bay+parsley. Kacau hingga separuh masak.
4. Masukkan buah tomato. Kacau dan masukkan  bersama sedikit air.
5. Masak hingga tomato hancur  dan naik minyak (untuk pastikan isi ayam masak)
6. Masukkan sos prego. Basuh tin prego untuk mengeluarkan baki sos yang terlekat. Lebih kurang 1/2 tin air untuk setiap tin sos.(maksudnya air lebih kurang 1 1/2 tin keseluruhannya). Kalau suka pekat, kurang sedikit airnya.
7. Kacau dan masukkan hirisan cendawan dan oregano.
8. Rasakan masin dan manisnya. Tambah garam dan gula jika perlu. Masak hingga mendidih.
Siap.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment