Tanaman Penghalau Nyamuk Disamping Mencantikkan Rumah - Bonda

Friday 28 September 2018

Tanaman Penghalau Nyamuk Disamping Mencantikkan Rumah



Gigiitan nyamuk bukan sahaja menyakitkan tetapi juga kemungkinan membawa virus penyakit yang kita tidak jangkakan. Antara penyakit yang dibawa oleh nyamuk ini adalah seperti virus Zika, malaria, demam denggi dan virus West Nile. Nyamuk ini tertarik kepada manusia dan haiwan disebabkan oleh kita yang mempunyai wangian karbon dioksida dan wangian lain yang menarik nyamuk tersebut dekat kepada kita.

Jadi, pelbagai cara yang digunakan oleh manusia untuk menghalau nyamuk dari mendekati kita. Antranya menggunakan bahan kimia seperti ubat nyamuk.

Namun begitu, terdapat cara lain yang mana lebih mesra alam yang boleh digunakan untuk mencegah nyamuk daripada mendekati kita tanpa menggunakan bahan kimia.

Di sini, Bonda kongsikan 6 tumbuhan yang selalu kita jumpa yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk daripada mendekati kita.

1. Bunga Tahi Ayam 


Bunga ini juga dikenali sebagai marigold. Bunga ini adalah senang untuk tumbuh dengan iklim negara kita. Ia mengandungi thiophenes yang marupakan sebatian dengan sifat penghalau nyamuk serangga. Pokok bunga ini berkesan bagi menghalau nyamuk aphids, thrips, whiteflies, Mexican bean beetles, squash bugs, dan tomato hornworns.

2. Lavender


Haruman lavender yang harum dan menenangkan manusia merupakan musuh kepada nyamuk. Lavender juga mempunyai ciri-ciri antikulat dan antiseptik. Tanaman ini yang mengandungi zat linalool dan lynalyl acetate boleh menyebabkan nyamuk pening dan tidak suka akan haruman ini. Jadi, kita boleh tanam pokok lavender ini di halaman rumah kita seperti berdekatan dengan pintu atau tingkap rumah. Cara yang lebih baik bagi mengelakkan nyamuk mendekati kita ialah dengat menggosokkan bunga di kulit kita.

3. Rosemary/Selasih


Jika kita berada di sekitar ungggun api, letakkan beberapa helai daun rosemary didalam api da bau yang terhasil boleh menghalau nyamuk daripada mendekati kita.

4. Peppermint/Pudina


Daun pudina bukan sahaja berguna dalam masakan sahaja. Minyak daun pudina juga boleh menjadi ubat jangkitan malaria, demam kunign dalam tempoh 60-180 minit.


6. Catnip


Bunga ini bukan sahaja membuatkan kucing peliharaan kita suka namun juga mengelakkan kita daripada digigit nyamuk.










No comments:

Post a Comment