9 Reka Bentuk Bilik Kanak-Kanak Yang Menakjubkan. Orang Dewasa Pun Tak Mau Keluar Bilik Gayanya. - Bonda

Saturday, 29 September 2018

9 Reka Bentuk Bilik Kanak-Kanak Yang Menakjubkan. Orang Dewasa Pun Tak Mau Keluar Bilik Gayanya.


Menghias bilik kanak-kanak bukan tugas yang mudah bagi ibu bapa. Hal ini demikian kerana, bilik mereka memerlukan ruang yang cukup bagi memenuhi keperluan dan sensori mereka seperti tempat permainan, penyimpanan, ruang tidur, serta tempat untuk belajar.

Keadaan ini akan bertambah sukar apabila ibu bapa menyedari bahawa ruang itu perlu kelihatan baik dan pastinya perlu mengikut citarasa kanak-kanak itu sendiri. Walau bagaimanapun, ibu bapa diluar sana berjaya mencipta dan menghasilkan idea yang memenuhi citarasa anak-anak mereka.

Di sini, terdapat 8 idea mengenai reka bentuk bilik untuk kanak-kanak dan remaja yang mana mak ayah boleh buat sendiri di rumah.

1. Angkasa Lepas


Jika anak anda suka akan angkasa lepas, mak ayah boleh hiaskan dengan sistem solar dalam bilik mereka. 

2. Dunia Lautan


Mak ayah boleh hias bilik anak dengan melukis dinding mengenai dasar laut yang dipenuhi gambar ikan-ikan dan jadikan katil mereka seperti bot. 

3. Hutan 


Anak yang aktif mesti suka akan reka bentuk seperti alam semula jadi ini. Anak-anak bebas untuk memanjat dan berlari. 

4. Bilik Untuk Si Kembar


Jika mak ayah tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk anak-anak kembar, mak ayah bolehlah meletakkan mereka dalam satu bilik seperti gambar di atas. Warna hijau membuatkan bilik nampak lagi terang. 

5. Planet Cahaya


Kombinasi dinding biru gelap, beruang serta bintang yang berwarna perak dan emas dapat mengubah bilik menjadi apa yang anak-anak inginkan. 

6. Katil Seperti Kubu Permainan


Lukisan di dingiding dan katil kelihatan seperti kubu permainan anak-anak adalah merupakan salah satu tempat kegemaran anak-anak yang mana suka akan cerita-cerita dongeng dan pengembaraan. 

7. Gunung


Mak ayah boleh hias sendiri bilik anak dengan mengecat bilik seperti pemandangan gunung. 

8. Katil untuk 4 Orang Anak


Mengias sendiri bukannya perkaran mudah, tetapi hasilnya adalah amat bernilai kerana setiap anak mempunyai ruang mereka. 


9. Loteng untuk Remaja


Kebanyakan remaja suka akan minimalis. Jadi, ruang bilik yang  simple menyenangkan mereka. Katil yang berada di atas (udara) juga menjadi mereka lebih teruja. 


No comments:

Post a Comment