SURABAYA: Empat warga tempatan ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penjualan bayi di media sosial menggunakan akaun Instagram.
Satu akaun yang mendakwa sebagai agensi kebajikan keluarga turut menyiarkan imej wanita hamil, imbasan ultrasound dan bayi.
Dalam masa sama, nombor telefon disediakan supaya pelanggan berpotensi boleh menghubungi melalui WhatsApp, kata pihak polis di Surabaya.
Polis berkata mereka juga berjaya memintas satu transaksi tetapi masih mencari sekurang-kurangnya seorang bayi telah dijual.
"Individu yang mahu mencari anak angkat akan menggunakan akaun itu dan transaksi itu selesai melalui WhatsApp," kata Col Sudamiran, ketua ketua Surabaya, yang dipetik dari news.detik.com.
Sumber : Astro Awani
No comments:
Post a Comment