Ibu Bapa yang Nak Hantar Anak Ke Prasekolah Mesti Baca Ni! - Bonda

Wednesday 24 October 2018

Ibu Bapa yang Nak Hantar Anak Ke Prasekolah Mesti Baca Ni!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Bonda kongsikan 8 informasi terkini yang perlu kita ketahui berkaitan prasekolah bersumberkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Berikut merupakan 8 perkara tersebut:


1. Adakah semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?

Jawapan : Ya.

2. Mengapa semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?

Jawapan : Ia berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Seksyen 22 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.

3. Adakah prasekolah/tadika boleh melaksanakan program tambahan?

Jawapan : Ya boleh,selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Subseksyen 22 (3)

4. Berapakah peruntukan masa minimum di tadika/kelas prasekolah? Sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 5+ tahun.

Jawapan : Sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 4+ tahun.

5. Bolehkan Aktiviti Fizikal dan Main Bebas dilaksanakan pada hari yang sama?

Jawapan : Tidak boleh

6. Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika/kelas prasekolah?

Jawapan : Guru Pendidikan Islam yang bertauliah (sekurang-kurangnya 120 minit seminggu).

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Main Bebas?

Jawapan : Aktiviti yang memberi kebebasan kepada murid untuk memilih apa, bila, bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.

8. Apakah peranan guru semasa Main Bebas?

Jawapan : Sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati.

Semoga perkongsian 8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah ini memberikan informasi yang berguna untuk anda semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

No comments:

Post a Comment