JPN Tidak Lagi Benarkan Ibubapa Letak Nama Anak Panjang Lebih 80 Aksara - Bonda

Tuesday, 23 October 2018

JPN Tidak Lagi Benarkan Ibubapa Letak Nama Anak Panjang Lebih 80 Aksara


Seperti sudah menjadi satu trend, nama anak zaman sekarang panjang-panjang belaka. Adakalanya melebihi tiga atau empat patah perkataan. Kesihan pula setiap kali peperiksaan, mereka perlu mengambil masa panjang semata-mata untuk mengisi nama.

Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa mendaftarkan anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, memberitahu 80 aksara itu turut termasuklah nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya.

“Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.

“Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara,” katanya kepada BH Online.

Jasri berkata, selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, nama yang panjang juga bakal memberi kesan kepada anak di masa hadapan.

“Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN.

“Selain itu kasihan kepada anak yang mempunyai nama panjang kerana setiap kali musim peperiksaan orang lain sudah menjawab beberapa soalan, mereka masih sibuk mengisi nama di kertas soalan,” katanya.

Selain itu, nama yang mempunyai pangkat atau gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara turut dilarang. Diikuti

jawatan, haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau Permaisuri.

Rekod Nama Panjang di Malaysia


Setakat yang admin tahu, ini antara yang menjadi viral sebelum ini di Facebook. Nama 3 beradik yang sangat panjang.

Panjang betul nama adik beradik ini. Apa-apa pun ketepatan perkongsian nama ini admin tak dapat nak sahkan kerana ianya viral di facebook dan yang admin tahu hanya 1 nama sahaja yang disahkan memang nama terpanjang di Malaysia di atas.

Adakah salah ibubapa? Bagi admin itu hak ibubapa kerana memilih untuk berikan nama yang begitu panjang. Anda pula mcam mana?


No comments:

Post a Comment