Kuih Koleh Kacang - Bonda

Tuesday, 23 October 2018

Kuih Koleh Kacang


Tengok gambar dah terliur. Terasa laju je air liur megalir ingati memori lama ketika makan koleh kacang ini. Terasa lemak-lemak manis lembut cair di dalam mulut. Nikmat sangat time tu. Nak dapatkan di pasar, agar sukar. Yang pastinya, buat sendiri pasti umm.. Jom lihat resepi :

Bagaimana cara nak masak Kuih Koleh Kacang?

Bahan-bahan diperlukan:


Bahan A


1 cawan tepung kacang hijau
½ cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Bahan B (Serdak minyak)


1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)


Cara menyediakan dan memasak:


Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment