Pulut pagi merupakan sarapan bagi orang Kelantan. Sudah cuba sekali pasti terpikat. Sapa-sapa penggemar pulut mesti suka akan rasa pulut ini yang tersendiri. Campuran gula melaka dan gula menampahkan manis terhadap rasa pulut ini. Ia juga dimakan dengan kelapa parut menambahkan lagi rasa kesedapan sarapan ini.
Jom cuba resepi dibawah :
Bahan-bahan diperlukan:
1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
2 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan (Disimpul)
1 cawan kelapa parut muda
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap).
2. Masakkan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan sehingga mendidih.
3. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
4. Tapiskan air gula merah ke dalam mangkuk berisi pulut dan kacau rata
sehingga sebati.
5. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap.
6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
7. Hidangkan pulut bersama kelapa parut.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment