Pulut Inti Lemak-Lemak Masin Manis Sedap - Bonda

Sunday 14 October 2018

Pulut Inti Lemak-Lemak Masin Manis Sedap


Pulut inti merupakan pulut bersantan dimakan dengan inti kelapa muda yang telah dimasak dengan gula melaka. Kemanisan inti dan pulut yang lemak-lemak masin menambahkan kesedapan pulut berinti ini.

Jom lihat resepi ini:

Bahan-bahan inti kelapa :


Inti ini boleh disediakna lebih awal dan boleh disimpan dalam  peti ais.

1 biji kelapa parut putih, seeloknya yang muda.
1 ketul gula melaka
1 senduk gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 cawan air
1 helai daun pandan dikoyak dan disimpulkan.

Cara-cara membuatnya :


1. Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama gula melaka yang dihancurkan, gula pasir dan garam.
2. Bila mendidih dan gula hancur, masukkan kelapa parut bersama-sama daun pandan.
3. Kacau hingga inti menjadi lembab seperti di dalam gambar.

Bahan untuk pulutnya :


3 pot beras pulut dibersihkan dan direndam sekurang-kurangnya 2 jam.
1 biji kelapa diambil pati santannya (dalam 1 1/2 cawan)
1 sudu teh garam (masukkan dalam santan)
2-3 helai daun pandan untuk alas pengukus dan untuk mewangikan pulut.

Cara-cara memasaknya :


1. Kukus pulut kali pertama hingga naik wap.
2. Bila naik wap keluarkan dan sedia untuk digaul dengan santan.

Selepas kukus kali pertama.


3. Masukkan santan dan kacau sebati dengan senduk kayu untuk mengelakkan butir pulut putus/hancur.
 

Kukus kali kedua


4. Selepas digaul sebati, kukus semula pulut hingga naik wap.
5. Selepas naik wap, keluarkan pulut. Buang daun pandan yang menjadi alas kukus tadi.

Selepas kukus kali 



6. Semasa pulut panas-panas, kacau lembut hingga pulut menjadi bersinar dan sebati seperti gambar 
         dibawah.

Pulutnya lembut dan berkilat selepas dikacau lembut.


7. Dah siap. Kalau ada daun pisang bolehlah dibungkus dan diletakkan inti kelapa di atasnya.

Selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment