Bahan-bahan :
1 keping Paha ayam yang dibuang tulang
1 sudu besar Sos Tiram
1 paket paste black pepper
30 g Bawang besar, dihiris bulat
30 g Bawang putih, dihiris halus
5 sudu besar Minyak
Penyediaan :
1. Buangkan tulang ayam dan ketuk ayam menggunakan pengetuk daging. Cuci ayam dengan berhati-hati dan jangan buang kulitnya.
2.Dalam mangkuk, masukkan Sos Tiram dan perap ayam selama 1 jam.
3. Bila ayam telah diperap, panaskan kuali non-stick
4. Dalam kuali yang dalam, masukkan minyak dan goreng ayam dalam suhu sederhana selama 15 minit atau tunggu hingga ia bertukar menjadi perang. Ia bergantung kepada saiz paha ayam.
5. Bila ayam telah masak, letakkan ayam ke tepi.
6. Teruskan dengan menumis bawang besar dan bawang putih dalam lebihan minyak tadi sehingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan paste lada hitam dengan 4 sudu besar air.
8. Bila sos telah mendidih dan memekat, masukkan ayam ke dalam kuah dan biar ia masak.
9. Bila sos telah menyaluti ayam, hidangkan ke dalam pinggan dan tuangkan baki sos ke atasnya.
10. Hidangan ayam yang sungguh lazat ini boleh dimakan bersama nasi, spageti, salad, kentang putar atau kentang goreng.
No comments:
Post a Comment