Resepi Coklat Muffin - Bonda

Thursday, 4 October 2018

Resepi Coklat Muffin


Bahan-bahan


250 gm tepung gandum

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikabonat

3 sudu besar serbuk koko

175 gm gula kaster

250 ml susu cair

100ml minyak jagung atau mentega cair

1 biji telur Grade A - pukul ringan

1 sudu teh esen vanila

Loyang Muffin - Alas dengan cawan kertas

Coklat chips atau emping jagung untuk taburan


Penyediaan :



    1. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan serbuk koko ke dalam bekas.

    2. Masukkan gula dan gaul rata,

    3. Kemudian masukkan susu cair sedikit-sedikit sambil di kaup balik dengan whisk.

    4. Masukkan telur, esen vanila dan minyak. Gaul rata.

    5. Masukkan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.

    6. Bakar di rak atas pada suhu 180C - 190C bergantung pada oven selama 20-25 minit. Cucuk  dengan lidi jika keluar licin boleh lah di keluarkan dari oven.



No comments:

Post a Comment