Penduduk di kawasan Taman Putra Perdana di lokasi kejadian lemas yang meragut nyawa tujuh mangsa. -Foto JBPM |
PUCHONG: Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana di sini petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.
Mangsa, Mohd Ilham Fahmy, 17, ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh semalam.
Terdahulu, ahbar melaporkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya tiba di lokasi berkenaan pada jam 5.50 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
Susulan kejadian, seramai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, malam semalam.
Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.
Sumber : Astro Awani
PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment