Resepi Congo Bar Super Sedap dan Pastinya Senang Dibuat - Bonda

Tuesday 30 October 2018

Resepi Congo Bar Super Sedap dan Pastinya Senang Dibuat


Resepi congo bar sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi.Nak buat congo bar ni anda boleh guna mixer tangan kalau rajin tapi kalau malas nak basuh alatan, boleh je whisk guna tangan.

Tekstur congo bar ialah permukaan luar yang rangup tetapi lembut pada bahagian isi dalam.Untuk lagi sedap,gunakan pure butter dalam adunan.Kalau anda nak jual,memang guna marjerin jelah kan.Sebab untuk jimatkan kos dan congo bar boleh dijual pada harga yang berpatutan.

Untuk permukaan congo bar, anda boleh letak almon flakes, coklat chip,badam,kismis atau buah-buahan kering yang anda mahu.Memang sedap sebab rasa nya penuh dengan coklat .Sesuai untuk minum petang atau dijadikan menu untuk sebarang majlis.

Untuk hilangkan hanyir telur , buang mata telur yang berbentuk seperti gumpalan kecil darah dan juga guna esen vanilla.

Bahan Resepi Congo Bar :


Bahan A

150 gram mentega ( saya guna pure butter jenama Anchor )
220 gram gula perang ( brown sugar)
Pukul semua bahan A selama 2- 3 minit

Bahan B

3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan pukul 1-2 minit

Bahan C

315 gram tepung naik sendiri yang diayak
1/4 cawan coklat chips
1/4 cawan almond flakes ( sangai tanpa minyak seketika dan sejukkan)
Masukkan tepung ke dalam adunan tadi kacau guna senduk hingga sebati. Selepas itu baru masukkan coklat chips dan almond flakes serta gaul sebati.
Bahan Hiasan Congo Bar – Boleh masukkan ikut selera
Coklat chip
Almond flakes
Walnut cincang
Kismis

Cara Buat Congo Bar :


#1: Sapu mentega pada loyang saiz 10×10′ inci dan lapik kertas minyak atau baking paper melebihi loyang supaya mudah untuk keluarkan congo bar selepas siap dibakar nanti

Tuang adunan di atas yang telah siap diadun.Ratakan di dalam loyang.Taburkan bahan hiasan di atas permukaan seperti almond flakes dan juuga coklat chip.

#2: Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C.Barulah masukkan loyang dan bakar selama 30-35 minit bergantung pada jenis oven anda pada suhu 160-170’C. Guna api atas bawah ya.

Bila congo bar dah siap dibakar dan anda mesti suka kerana baunya yang wangi.Sejukkan seketika dan potong seperti bentuk bar serta simpan dalam bekas kedap udara.Memang sedap dan selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment