Resepi Cucur Kentang - Bonda

Monday, 22 October 2018

Resepi Cucur Kentang


Cucur yang sedap ialah cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Antara kaedah untuk menyediakan cucur yang kekal lembut walaupun setelah sejuk adalah dengan memasukkan 1 biji telur, atau menggunakan air panas atau memasukkan 1 sudu kecil minyak masak panas. Ini adalah antara petua untuk bagi menjadikan cucur rangup dan lembut biar pun setelah sejuk. Cucur Kentang Sedap

Bahan-bahan:


250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil
Secekak daun kucai - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
1 biji telur
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara cara:


Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, gula dan garam.

Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur. Kacau adunan sehingga rata.

Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu.

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.

Sambal Cuka


Bahan bahan:


2 -3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula - boleh tambah

Cara cara:


Hiris bawang putih dan cili merah sebelum ditumbuk bersama garam sehingga lumat. Masukkan gula dan cuka.

Tekan-tekankan dengan lesung batu supaya kesemua bahan bergaul sebati. Perasakan dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment