Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura.
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan.
Bahan-Bahan Untuk Nasi Lemak
1. Beras 3 cawan (sekadar sukatan)
2. Santan 1 cawan (santan kotak pun boleh)
3. Halia 2 keping hirisan
4. Daun Pandan 2 helai
5. Garam
Cara Penyediaan Nasi Lemak
Basuh beras terlebih dahulu. Kemudian masukkan beras berserta santan ke dalam periuk. Nisbah beras adalah 3/4 manakala santan pula 1/4.
Kemudian masukkan air sehingga agak-agak dua kali ganda ketinggian beras.
Gaulkan semua campuran tadi.
Masukkaan daun pandan dan halia beserta secubit dua garam . (Garam berfungsi sebagai penambah rasa dan penaik bau)
Gaulkan bahan2 semua kemudian tanak beras sehingga masak sepenuhnya.
Sambal Nasi Lemak
Asasnya, penyediaan sambal adalah sangat ringkas. Anda cuma perlu menumis bawang, masukkan cili blend (yang dikisar), gula dan garam terus siap. Tapi untuk menghasilkan sambal yang luar biasa sedap, ikuti langkah ini.
Pertama sekali, sekiranya anda mahu hasilkan sambal yang super sedap, rahsianya ialah jangan letak atau gunakan halia. Inilah salah satu rahsia resepi melayu asli sejak turun temurun. Berikut adalah bahan-bahan untuk penyediaan sambal :
Bahan-bahan
1. Bawang besar
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Cili kering
5. Air asam jawa
6. Asam keping
7. Gula merah
8. Garam
9. Serbuk perasa lain mengikut kesukaan anda
Cara Penyediaan
Kisarkan bawang merah dan bawang putih bersama.
Kisarkan cili kering. Pastikan ianya tidak dikisar bersama bawang merah dan bawang putih.
Hiriskan halus bawang besar dan tumis bawang besar terlebih dahulu sehingga bau naik.
Selepas itu baru masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah diblend sebentar tadi. Bila bau dah sedap, baru masukkan cili kering yang sudah dikisar.
Pastikan api sekecil mungkin. Tumis dan biarkan dahulu sehingga pecah minyak. Kemudian baru masukkan gula merah.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan asam keping berserta garam secukup rasa.
Reneh selama 2 hingga 3 jam untuk dapatkan tekstur sambal yang pekat. Untuk pengetahuan anda, renehan yang lama juga bagus untuk ketahanan sambal. Kalau reneh 3 jam, sambal anda boleh tahan selama seminggu ya.
Rahsia Ikan Bilis Rangup Dan Tahan Lama
Disini kami juga ingin berkongsi cara penyediaan ikan bilis yang super rangup dan tahan lama. Yang pertama sekali, beli ikan bilis yang berkualiti. Lagi halus ikan bilis adalah lebih baik dan berkualiti.
Sekiranya anda basuh ikan bilis, pastikan ikan bilis anda kering sepenuhnya sebelum menggoreng dan lumurkan/renjiskan sedikit cuka pada ikan bilis anda sebelum menggoreng.
Untuk memastikan ikan bilis tahan lama dan rangup untuk jangka masa yang panjang, panaskan minyak terlebih dahulu dan gunakan api perlahan. Selepas digoreng, toskan minyak sepenuhnya dan letakkan ikan bilis atas tisu dapur untuk menyerap minyak yang ada. Biarkan sejuk, kemudian terus simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment