Ribuan Wanita Berarak Bantah Agenda Anti-Wanita Trump - Bonda

Friday, 12 October 2018

Ribuan Wanita Berarak Bantah Agenda Anti-Wanita Trump


CHICAGO: Disokong pertelingkahan sengit berhubung pencalonan seorang hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS), ribuan wanita dijangka berarak di bandar ini dan membuang undi pilihan raya pertengahan penggal lebih awal bagi menentang ‘agenda anti-wanita’ pentadbiran Presiden Donald Trump.

Bantahan dianjurkan Women’s March Chicago itu adalah tanda kejatuhan politik dalam perjuangan partisan Republikan untuk mengesahkan pencalonan Trump, Brett Kavanaugh ke mahkamah tertinggi negara itu walaupun wujud dakwaan serangan seksual.

Penganjur mengadakan perarakan itu bersesuaian dengan saat-saat menjelang pilihan raya penting pertengahan penggal 6 November ini, apabila Demokrat disebut-sebut mengambil alih kawalan dewan rendah Kongres daripada Republikan.

Mereka berkata, perarakan sama didorong kemarahan berhubung pengesahan Kavanaugh, dijadualkan diadakan hujung bulan ini di negeri lain, termasuk kubu kuat Republikan di Texas, Georgia dan Carolina Selatan.

“Wanita agak kecewa berhubung pengesahan Kavaugh dan bersemangat untuk mengundi,” kata jurucakap Women’s March Chicago, Harlene Ellin kepada AFP.

Semua kecuali seorang anggota Republikan dalam Senat mengundi memilih Kavanaugh ke Mahkamah Agung manakala semua kecuali seorang anggota Demokrat mengundi menentang pemilihan itu.

Women’s March Chicago dalam satu kenyataan berkata, ia menyasar ‘agenda anti-wanita Rumah Putih dan parti Republikan.’

Selepas perhimpunan dan perarakan, penunjuk perasaan akan menuju lokasi pengundian awal di pinggir bandar ini untuk mengundi.

Republikan ketika ini menguasai Rumah Putih dan kedua-dua dewan Kongres, namun ramai dalam parti itu bimbang pengundi anti-Trump akan mengatasi penyokong Presiden AS dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Bantahan itu berlaku ketika pengundian awal diperhebat di Illinois yang sudah bermula di lebih 12 negeri lain. Lebih ramai akan menyertainya untuk hari-hari akan datang.

Kebanyakan negeri membenarkan pengundian awal menerusi pos atau di stesen pengundian terhad. Proses itu akan membenarkan mereka yang tidak muncul pada hari pengundian, peluang membuang undi. -AFP

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment